Wednesday, August 26, 2009

~Wanita..Sana - Sini..~

Selamat pagi...;)


Bila terjaga dari tidur tadi..saya teringat akan request seorang kakak..
Dia minta saya ulas satu post dalam satu ruangan forum. further reading :)
Mengulas satu keterangan wanita mengenai "wanita muslimah bertudung jadi covergirl".
Persoalannya,saya rasa masih belum cukup layak untuk mengulas mengenai isu tersebut (maklum saje,saya bukan yang terbaik)..tetapi sebagai seorang wanita juga saya tidak terlepas dari mempunyai pandangan yang exclusive terhadap kaum sejenis saya (terutama yang Islam).
Saya tidak nafikan, pada hari ini terlalu ramai wanita yang dieksploitasikan..malahan, eksploitasi wanita bermula sejak dari dulu lagi dan berterusan sehingga sekarang.



Pengeksploitasian wanita adalah ‘jenayah’ tertua dalam sejarah peradaban insan. Menurut al-Qur’an dan Gospel, pengeksploitasi wanita pertama yang dikesan ialah Iblis, wanita pertama yang dieksploitasi adalah Hawa dan lelaki pertama yang dirosakkan oleh kegiatan eksploitasi ini ialah Adam. (reference)

Jadi tidak hairan lah jika rata-rata majalah atau pun media-media cetak hari ini (27 Ogos 2009) memaparkan wanita-wanita cantik dan menawan samaada yang bertudung mahupun yang tidak sebagai cover media tersebut. Mungkinkah kami sendiri yang membenarkan diri kami untuk dieksploitasikan? Persoalan tersebut kerap bermain di benak ruang fikiran saya...
Untuk memberikan ulasan mengenai isu sebegini (sebagaimana dikehendaki oleh kakak saya itu)..
Saya rasa lebih sesuai saya ulas setelah merenung diri sendiri..(untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri,kadang kala meletakkan saya dalam dilema)... :)
Menjawab kembali persoalan di fikiran saya seperti di atas..jawapannya,YA...samaada dalam keadaan sedar ataupun tidak..wanita-wanita diluar sana termasuklah saya yang sedang menaip ni,telah memberikan ruang yang besar untuk diri dieksploitasikan..buktinya, dalam kepesatan perkembangan alam siber, wujud pelbagai jenis website yang membolehkan seseorang itu memaparkan wajah dan tubuh untuk tatapan umum di alam maya (e.g: friendster,facebook,tagged,hi5..etc) Mungkin disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang penjagaan diri, situasi seperti yang telah disebutkan terjadi..Mungkin juga, disebabkan kita sentiasa lalai dan leka dengan dunia peragaan (even tak femes sangat pun..hehe)..atau mungkin juga kerana kurangnya peringatan dari orang yang tersayang menjerumuskan diri ke arah tingkah seperti itu. :'(
Untuk posting kali ini,saya sekadar mahu membuka ruang fikiran para pembaca sebagai penyediaan tempat meletakkan isu ini di legaran minda. Supaya kita dapat bersama2 memikirkan permasalahan sejagat. Sekiranya ada pandangan bernas atau menusuk kalbu, saya amat menghargai..:) boleh terus call...atau post kan aje komen saudara-saudari di ruangan comment tu ye..:). Mana yang baik itu dari Tuhan dan yang tidak baik itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Maaf dipinta andai terasa..


Sehingga bertemu lagi...
Sekian~ :)


15 comments:

  1. Salam.. untuk hiz, bergantung kepada kita nak menilai dari sudut mana. bidang peragaan di mana bidang yang pamerkan susuk tubuh badan kita ni sebenarnya just media exploitation.but exploitation is a good thing somehow.just peragaan perempuan bertudung ni lebih baik lah kalau org yg bertudung tu jangan dipanggil "bertudung tp bertelanjang", sebab dapat dosa jugak kan?

    so,we need media sebagai jalan dakwah kita.kalau blh bila ambil gambar bertudung, biarlah btl2 tutup. so that, dgn cara tu dpt inspire orang lain juga.

    tu dr perspektif aku la hiz. aku tgk sekarang ni,ramai yg lumba2 nak letak pic dgn pakwe kt fs,fb or even myspace. pd aku,balik pada hukum la.tp kita jangan menilai keterlaluan.take lessons from that.supaya kita tak buat perkara yang sama.=)

    ReplyDelete
  2. Komen yg begitu tulus :)
    Betul tu hiz.. salah siapa jika gambar2 kita sebagai wanita muslimah terpamer kt mn2 mjlh…facebook…n friendster untuk tontonan umum. Menurut forum tu, gambar wanita islam yg mnutup smua auratnya pn x dibenarkan dlm islam. Apatah lagi yg x mnutup aurat sepenuhnya. Kalau betul cover girl yg pakai elok2, mnutup aurat tu btujuan untuk dijadikan ikutan kpd wnita mslmh lain spya turut mnutup aurat, knape hanya wajah2 yang dikira menarik sahaja yg akan dipilih? Persolan sterusnya, adakah model iklan atau cover girl bleh dikategorikan sbg kerjaya wanita?
    Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
    * Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
    * Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
    * Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya
    * Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
    * Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan lelaki

    Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
    "Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)
    “Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak individu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya”. Anda setuju?
    Apepun (untk sy n smua kwn2 pmpuan), jagalah aurat dgn btul :).. X kisah ape yg kite pakai, fesyen ape yg kite ikut, yg pntg selari dgn tntutn agama. Try fhm konsep sbenar menutup aurat. Pnh denga jihad melawan nafsu? Hehe.. antaranya, lwn nafsu ingin mmpamerkan kecantikan yg ade pd org yg x halal untuk kite. Samaada pamer scr dpn2 @ dgn mmpamerkn gmbr2 dtmpt yg x spatutnya. Brsyukurlah ALLAH jadikan kita insan yg sempurna. Wajarkah kita mmbls sgala nikmat yg diberi oleh-Nya dgn mlakukan pkara yg ditegah?
    "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (QS. An Nuur 31).
    Apa yg baik dtg dr ALLAH swt dan sgl klemahan dari diri sndiri..maaf dpinta andai trsalah kata. Smpaikanlah sesuatu yg benar walaupun pahit :). Ila lliqa’, wsslm

    ReplyDelete
  3. salam...:)(rindunye kat ko..hayat..)

    thanx dear..erm,k..but jz want to share naa..da exploitation gives 2 meaning..1st,explains on da situation (a situation which someone treats someone else unfairly in a way to get money or other advantages..and 2nd is da process of gainin' advantage by using materials or someone's skills effectively.

    kedua2nya adalah untuk manfaat samaada kpd individu atau sebuah organisasi..hmm..maybe for some reason exploitation is good..(if refer to meaning no 2)..tp 2 la..bg aku mcm satu kelemahan bila diri kte ni sng2 je dieksploitasikan.sbb sendiri atau sbb org lain..
    but anyhow,aku stuju sgt2 perenggan terakhir ko tu..aku harap kita dijauhkan dri perkara mcm tu...

    p/s: Ya Allah..andai aku dan saudara2 wanitaku pernah terjebak melakukan perkara yg menjadi kemurkaanMu..ampunkan lah kami..andai cinta ku kpd manusia itu menjadikan aku seorang hambaMu yg lalai..Engkau berhak menarik rasa itu kembali.....krn cinta terhadapMu yang lebih agung...Amin..

    ReplyDelete
  4. salam..
    to sis erlina..(bkn senang nk dgr my sis ni comment...in cls..hehe ;p)

    exactly sis..komen yg bernas dan sgt bertepatan dgn konsep Islam yang sejati..bila bce blk komen tu (ambil mse untuk bce dgn mata..dan menilai dgn pandangan hati) terlalu byk yg masih belum saya praktikkan..(ampunkanlah daku wahai tuhan..)

    Perubahan memerlukan masa yg lame..betul kan?tetapi perubahan ke arah kebaikan perlu kita usaha untuk disegerakan..siapa tahu,sebentar je lg..kita dah x sempat melakukan ape2 dlm perjuangan hidup di dunia ni..(jika kita mengaku diri dilahirkan sbg khalifah di dunia ini,knp msh mahu menjauhi kebenaran...:'(..)

    Setiap apa yg saya ketengahkan dlm ruangan blog ni,in my every entries adalah bertujuan utk berkongsi pandangan dan ilmu yang blh membawa kita semua ke arah kebaikan..sy bukan seorang yg baik (ayat penegasan)tp sy ingin menjadi seorang yg baik (lbh bermkna kebaikan itu dilihat dri pandangan Allah..)sy yakin ramai lg yg sebegini..:).jika sy tersalah,mohon perbetulkan..jika sy betul,berkongsi la pandangan sy itu dgn yg selayaknya..siapa??..saudara2 yg kita sayangi...:)

    Mohon maaf andai kata mengusik diri..sekadar perkongsian dan untuk renungan...
    da~

    ReplyDelete
  5. wanita yang solehah adalah paling mulia

    ReplyDelete
  6. emm...susah sbenarnya nk bg komen pasal post nih, tp sebab dh janji dgn blog owner, so kena laa tepati janji

    isu ni ada pro & con

    pro : dpt menggalakkan wanita2 berpakaian menutup aurat, sblm ni susah nk cari covergirl pakai tudung, kalo ada covergirl bertudung, boleh jd idola pd pompuan lain utk menutup aurat

    con : mungkin ada gurlz yg brtudung utk berfashion je, bukan sebab nak tutup aurat, bila ada fashion baru yg mendedah kan aurat, tudung pon ditinggalkan

    apa yg penting kita kena didik masyarakat cara hidup brlandaskan agama, supaya apa jua prkara yg dilakukan hanya utk Allah

    ReplyDelete
  7. salam...:)

    sabir: ye btul..tp msh belum solehah..masih belum mulia..:'(..insyaAllah,akan membaiki diri..

    naz: hehe..naz mmg berpegang pd janji.tahniah :)..ya,kita sama2 didik..bermula dari mendidik diri sendiri kan..

    p/s: thanx for leaving some precious words in here..:)

    ReplyDelete
  8. to Anonymous (siapa ya?..)
    jz hurmmmm.....?? :) hehe..nway,it's ok...:)

    ReplyDelete
  9. hehe dlm kls lain..
    k.elly bgtau stkt ape yg k.elly tau je hiz..klau ade yg slh tgur2la ye?

    hijrah kearah kebaikan mmg memerlukan pngrbanan yg tinggi dan mnguji sejauh mana kuatnya diri kita..cpt @ lmbt brgntung sejauh mana keinginan kite untuk berubah. ni brdsrkn pnglmn sdiri. kalau kita btl2 nk, kite akn berusaha kearah i2 smpai dpt. ada yang menunggu hidayah dari Allah untuk berubah. tp bg k.elly, hidayah Allah kite kna cari jgk..xleh tggu je. mcm dngar tazkirah@ceramah, bc buku2 agama.. dr situ kite bleh dapat banyak kesedaran dan keinginan untuk berubah.

    Untuk melakukan perubahan, kita perlu tahu kelemahan. perubahan disini brmaksud dari buruk ke baik, dan dari baik ke lebih baik. Mana ade yg nk berubah dari baik ke kurang baik. Jadi, kelemahan itu yg kita cari untuk dibaiki. untk tahu kelemahan, kite kna slalu muhasabah diri kite.. teguran dan kritikan kwn2 pn bleh djadikan dorongan untuk kite lakukan perubahan. Dan bila dh berubah kita kna istiqamah. ISTIQAMAH adalah antara sifat unggul Islam yang akan menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat. Istiqamah adalah disiplin agama yg menganjurkan umatnya supaya dalam apa juga pekerjaan dan amalan, hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten.
    Firman-Nya bermaksud: “Maka beristiqamahlah kamu berdua dan jangan kamu ikut jalan orang yang tidak tahu.” (Surah Yunus, ayat 89)

    Sama2lah kita berusaha utk mncapai redha Illahi :)..insyaALLAH

    ReplyDelete
  10. salam..:)..

    Alhamdulillah...sy dirapatkan dgn kakak yg mcm ni..:) (walaupun dh ade kakak,tp bersyukur dapat lg..moga ukhwah berpanjangan,insyaAllah..)Betul dan tdk akan sy sangkal bhw kecepatan sesuatu perubahan itu bergantung kpd sejauh mane keinginan kite utk berubah.makin jauh,mgkin makin cpt kan..namun jgn kita semua lupa, dlm kembaraan menuju kebaikan yg diredhai tuhan, tentu dugaan n halangan akn turut serta menemani. pada ketika ini,kekuatan jiwa perlu ada dlm diri demi melawan element2 yg tdk baik (jahat la) kan??..untuk itu,kne berdoa..seperti yg Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah selalu kata, nk baik,nk pandai,nk cemerlang,nk dapat jodoh,nk ape lg??..semuanya kena doa,minta dgn Allah..bkn sekadar berdoa memohon "berikan la daku kecemerlangan" tetapi, minta Allah bukakan ruang n tunjukkan jalan utk kita agar lbh nmpak usaha yg akan dilakukan.usaha,doa n tawakal are complement to each other rite :) begitu la juga, bg kita yg ingin membuat perubahan dlm diri (kearah kebaikan pastinya,insyaAllah)perlu sentiasa mohon padaNya..mohon kekuatan,semangat,petunjuk dan perkara2 yg boleh membantu kita berusaha untuk berubah menjadi seorang yg lbh baik,baik n baik..

    tp persoalannya, adakah kita semua sudah bersedia untuk menjadi baik mengikut syariat yg telah ditetapkan?pokoknya,semua itu terletak pd kemahuan diri,andai diri kata tidak utk kebaikan,maka tiada la perubahan itu..jika ya, maka ada la..mungkin kita masih menunggu hidayah Allah..tapi..HIDAYAH..perlu ditunggu atau dicari??..

    Readers,ourselves is da best driver towards changes..change to reach His Bless,Love...:)

    sekadar memberi pandangan..masih cetek dlm ilmu agama dan kehidupan..sme2 renung sejenak ok??..=)

    ReplyDelete
  11. Erm..kdg2 mnusia ni sggup lpakan agama krna duit..wlaupun brpakaian mnutup aurat,ad gak yang xjga batasan pergaulan n maruah sndiri.klau bleh xnk tuju kt kaum mna tp biasanya mnuasia ni bla bercinta,mulala prasaan syg tu brtukar mnjadi nafsu smata2..bla da syg,ad yg sggup mnggadaikan mruah dri hnya krna pjuk rayu org trsyg..erm,ingtlah jdoh da dtetapkan..lau psgn kita ingnkan sesuatu yg mmbawa kita kpda dosa,jgn tknut tuk tggalkn dia..jgn malu jika tiada psgn krna lbih baik xde psgn drpd trjebak dgn dosa..he2..sory sbb da trkeluar dari topic yg dbncangkan..

    ReplyDelete
  12. salam..:)

    thanx to brother za'im (how do i know?,da way he type)..hehe :p
    xpe..for me,dia x terkeluar sgt dari tajuk yg dibincangkan..btul ape yg bro kate tu..manusia mudah sgt tergoda dgn pujuk rayu org yg tersayang.mgkin sy juga begitu..dan sgt betul...jgn takut utk tinggalkan pasangan yg blh membawa kita kepada dosa dan maksiat..tp sehingga saat ini saya terfikir..instead of leaving dat kind of person, kenapa tidak kalau kita berusaha untuk membawanya kearah kehidupan yg lebih terhormat.manusia perlu sentiasa diberi peluang kerana hati juga perlukan masa untuk menerima tarbiyah yg mendorong jiwa kearah ketaqwaan pada tuhan. Dan itu adalah kesinambungan dari kasih sayang kita kepadanya..

    p/s: bro..i still remember ur advices to me last time..thanx a lot..

    *sama2 jge diri,akhlak..moga kita semua mendapat keampunan dariNya..Amin..*

    ReplyDelete
  13. salam..lama sungguh saya tak aktif dalam blog hiz.. ;P. alhamdulillah..ske saya membaca post ni apatah lagi ia berkaitan dengan muslimah..saya berpendapat bahawa wanita yg bertudung tidak patut dipersalahkan apabila gambar2 mereka 'mencapap' seperti di Fb, friendster. my space, majalah, surat khabar dan sebagainya.. kadang2 mereka ini diekploitasi oleh golongan tertentu dengan tujuan keuntungan dan ada juga mahu menjatuhkan maruah sesetengah pihak.

    PAda hari ini juga, cara pemakaian tudung perlu diperhalusi..cube lihat remaja pada hari yag bertudung ..ADUH..hala balai je pakai.yamg tak bertudung lagi la..belum lagi sentuh yang mewarnakan rambut..erk? ader pulak yang menyambung rambut.. FAshion???? sampai bile fashion boleh bertahan..bukankah ajaran Rasulullah SAW sudah lengkap.. kenapa perlu tambahan fashion yang merapu untuk dijadikan panduan anak2 muda masa kini..?

    Cumenye..saya berpendapat, didikan agama dari akar umbi wajid dititikberatkan..peranan ibubapa di rumah untuk memberi perhatian yang jitu pada anak2 mereka dapat membantu mereka ke arah etika pemakaian yang betul,bukan sahaja tudung tapi lebih dari itu...

    ReplyDelete
  14. ye..sy stuju dgn pndgn mr president. but, bpe byk pics girl yg 'mncapap' kt fb, fs, my space, mjlh, srt khbr dan sbagainya adlh krn dieksploitasi oleh golongn trtn2 dan bpe byk yg 'mncapap' dgn rela hati?? brsama kite renungkan

    ReplyDelete

Awak nak tulis apa tu?...;)