Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan... :)

Ahlan wa Sahlan,Selamat Datang,Welcome.....

Sempena menyambut kedatangan bulan yang baru, saya berazam untuk menyiarkan penulisan saya di dalam “The Inner Peace”. Alhamdulillah…syukur diatas segala nikmat tuhan kerana sehingga hari ini kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan untuk ke sekian kalinya. Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan mensajikan banyak ruangan ibadah kepada umat Islam. Mana tidaknya,bermula awal pagi lagi..kita akan bersahur sebagai melaksanakan satu amalan sunat yang membezakan puasa umat Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Rasulullah SAW pernah bersabda, dan diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah, adanya makan sahur.” Kemudian, pada siang harinya kita akan melakukan kerja2 rutin dalam keadaan kita sedang berpuasa..(apa sahaja yang kita lakukan,moga dijauhkan dari kemungkaran)..Berbuka setelah masuk waktu juga merupakan sebahagian daripada ibadah. Diteruskan pula dengan solat Maghrib dan Isyak seterusnya solat sunat Tarawikh..*seterusnya....sama2 la kita menambahkan amalan =) *

Allah Maha Besar..keagungan tuhan itu sentiasa menemani jiwa2 hamba yang mengharapkan kecintaan dariNya…

After all...I hereby, confirm to publish my post..:) Alhamdulillah..setelah sekian lama saya menantikan saat ini...(moment that will bring my blog to you...=)...) at last, I'm done... :) (tahniah untuk diri sendiri..hehe..:p)

Dalam mencari ketenangan abadi, kita selalu tersilap dalam mengatur langkah..

Andai aku tersasar jauh..berikan lah aku peringatan..

Agar aku kembali memohon ampun dan petunjuk dariMu..

Amin.....~


No comments:

Post a Comment

Awak nak tulis apa tu?...;)