Monday, August 31, 2009
.....Sakitmu - Sakitku Jua.....
Wednesday, August 26, 2009
~Wanita..Sana - Sini..~
Bila terjaga dari tidur tadi..saya teringat akan request seorang kakak..
Dia minta saya ulas satu post dalam satu ruangan forum. further reading :)
Mengulas satu keterangan wanita mengenai "wanita muslimah bertudung jadi covergirl".
Persoalannya,saya rasa masih belum cukup layak untuk mengulas mengenai isu tersebut (maklum saje,saya bukan yang terbaik)..tetapi sebagai seorang wanita juga saya tidak terlepas dari mempunyai pandangan yang exclusive terhadap kaum sejenis saya (terutama yang Islam).
Saya tidak nafikan, pada hari ini terlalu ramai wanita yang dieksploitasikan..malahan, eksploitasi wanita bermula sejak dari dulu lagi dan berterusan sehingga sekarang.
Pengeksploitasian wanita adalah ‘jenayah’ tertua dalam sejarah peradaban insan. Menurut al-Qur’an dan Gospel, pengeksploitasi wanita pertama yang dikesan ialah Iblis, wanita pertama yang dieksploitasi adalah Hawa dan lelaki pertama yang dirosakkan oleh kegiatan eksploitasi ini ialah Adam. (reference)
Sehingga bertemu lagi...
Sekian~ :)
Secebis Kata Untuk Renungan...:)
Regarding to the previous entry (speaking London jap..hehe)..
Kenapa ya agaknya saya jadi teruk macam tu sekali...(heww..*sigh*)
Ada apa dengan diri masa tu?..(flashback~..)
Setelah diamati dan direnung...saya sedar yang hanya tubuh badan sahaja berada di tempat kejadian..(mcm pelik je ayat ni)
Fikiran saya entah ke mana..melayang2 dan tak kembali ke tempat yang sepatutnya..
Kalau dilihat dari sudut fizikal semata (jasmani)..saya tenang aje..dalaman pun.....
Cuma apa yang pasti..saya rasa kosong..kosong tanpa isi..(macam tin kosong tu..;p)
Seterusnya.....
Apa yang saya ingin kongsikan disini..setiap manusia tu adakalanya boleh terlepas dari kawalan...maksud saya,kawalan minda..:)
Macam yang saya dah alami tu...saya gagal menumpukan sepenuhnya pada perkara yang saya sedang lakukan...disebabkan itu,saya melakukan kesalahan berulang2 kali..(i didn't ask for the continuous mistakes)...but...i did it...(^_^)
Sebagaimana kebanyakan dari kita ingin menjadi pemandu yang cekap kepada sebuah kenderaan..(definisi cekap menurut pandangan?..yang tak pernah langgar tiang kot..hehe ), seorang manusia juga perlu manjadi pemandu yang cekap untuk dirinya sendiri...
Perlu ke?...
Ya,perlu bagi saya..kerana setiap manusia di dalam dunia ini mempunyai perjalanan hidup masing2..bergantung kepada pilihan..dia nak berjalan bagaimana...(walking,driving,cycling..asalkan dapat menuju ke destinasi yang dia impikan)..
Bila telah dinamakan perjalanan hidup...kita tak kan boleh lari daripada perkara2 yang boleh memberikan impak kepada tindakan kita secara lahiriah...
Dalam keadaan tertentu...tanpa kita sedari..kita diduga dan diuji dengan bermacam-macam perasaan (gelisah,tak menentu, takut,gembira,berdebar2....dsbg..)
Sehinggakan kadang2 tindakan yang bakal kita ambil nanti mungkin akan tersasar jauh dari prinsip yg telah lama kita bina..kita tidak perlu mengalah dengan pelbagai perasaan yang datang tanpa diduga ini..sebaliknya,kita wajar hadapinya dengan tenang,rasional dan berani..
Apa yang penting, kita perlu husnuzhon dengan Allah..kerana bukankah setiap perkara yang Dia berikan itu adalah yang terbaik untuk kita...dan sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
p/s: Saya masih ingin membuat coretan..tapi...sehingga disini dulu ya..
Salam Hormat...
da~ ;)
Friday, August 21, 2009
Oppss...What Happen?
Saje nk mengimbau balik ape yg dh berlaku semalam..
Mcm berada di awangan je time kat PMC tu..
(tempat sy belajar drive..)
From a to z I've continue da mistakes..
Wat side parking salah..3 points turn salah..
Gear tersalah masuk..terundur bila naik bukit berkali2..
Pastu 1st time jatuhkan 5 tiang sekaligus..(well,i was breaking da record ;p)
ting.ting.ting.ting.ting (saje wat sound effect ;p)
*sorry cikgu..nasib baik tiang2 tu x terkena muka dia..kalau x....*
huuuhhh..wats wrong wif me?sampai cikgu tu tanye..
"ehm,awk ade masalah ape hari ni"?..respons sy?...
"sy pun xtau la cikgu..(smiling while covering the blush.hehe..)"
nak kate mood sy x baik..ok je..but..yea,,maybe my mind was not totally there...
At last,jadi la camtu..*sigh*
K..stop for a while...
later i'll continue to clarify a bit more on dis entry..
harap sabar menunggu...:)
*however,this morning pre-test was fine..salute da tester...=)*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Sahur...:)
Morning..Selamat Pagi..=)
Welcome back...
Semua dah bangun ke?..
Hari ni hari pertama bersahur..
InsyaAllah beberapa ketika nnti,kita akan teruskan dengan ibadat puasa..
Kepada yang sedang makan sahur tu,makan elok2 ye...:)
Bagi yang masih tidur (bestnye di alam mimpi)..;p
Tak rasa nak bangun ke.....hehe..
Anyhow,semoga Ramadhan kali ini membuka lembaran baru kepada semua umat Islam di muka bumi ini...:)
Nak share ckit hikmah bersahur..
Bila bangun sahur kita ada peluang untuk melakukan solat Tahajjud, bertadarrus, berzikir dan berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT, sementara nak tunggu waktu subuh. Selain tu, bersahur dapat memberi tenaga dan kekuatan untuk bekerja,so tak la kita lemah lutut je nak beribadat pada siang hari kan...;).Jadi, mari la sama2 kita berusaha bangun sahur, di samping mengambil kesempatan beramal pada bulan yang penuh keberkatan ini.
=)
Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 17,yang bermaksud:
"Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur."
~until here~ Salam Ramadhan
=)
Adoii..Lenguhnya Badan...
for the second post..=p
letihnya ngadap komputer berjam-jam..
buat macam-macam research la konon..
last2 stuck kat fb jgk..hehe..
(for those who doesn't familiar,fb = facebook)
well..what should i do then...
that's the thing that i really fond of recently..:)
ermm..k...
sekarang dah rasa sengal2 badan..
i better off now...*sigh*
wait for my next entry k..
selamat malam.selamat berpuasa.
tata ~ :)
Marhaban Ya Ramadhan... :)
Ahlan wa Sahlan,Selamat Datang,Welcome.....
Sempena menyambut kedatangan bulan yang baru, saya berazam untuk menyiarkan penulisan saya di dalam “The Inner Peace”. Alhamdulillah…syukur diatas segala nikmat tuhan kerana sehingga hari ini kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan untuk ke sekian kalinya. Ramadhan, bulan yang penuh barakah dan mensajikan banyak ruangan ibadah kepada umat Islam. Mana tidaknya,bermula awal pagi lagi..kita akan bersahur sebagai melaksanakan satu amalan sunat yang membezakan puasa umat Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Rasulullah SAW pernah bersabda, dan diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah, adanya makan sahur.” Kemudian, pada siang harinya kita akan melakukan kerja2 rutin dalam keadaan kita sedang berpuasa..(apa sahaja yang kita lakukan,moga dijauhkan dari kemungkaran)..Berbuka setelah masuk waktu juga merupakan sebahagian daripada ibadah. Diteruskan pula dengan solat Maghrib dan Isyak seterusnya solat sunat Tarawikh..*seterusnya....sama2 la kita menambahkan amalan =) *
Allah Maha Besar..keagungan tuhan itu sentiasa menemani jiwa2 hamba yang mengharapkan kecintaan dariNya…
After all...I hereby, confirm to publish my post..:) Alhamdulillah..setelah sekian lama saya menantikan saat ini...(moment that will bring my blog to you...=)...) at last, I'm done... :) (tahniah untuk diri sendiri..hehe..:p)
Dalam mencari ketenangan abadi, kita selalu tersilap dalam mengatur langkah..
Andai aku tersasar jauh..berikan lah aku peringatan..
Agar aku kembali memohon ampun dan petunjuk dariMu..
Amin.....~