Hi!
Kejap ada, kejap tiada = tulisan dalam blog ni.
Bukan tidak mahu konsisten dalam menulis.
Cuma saya tidak menjadikan menulis blog ini sesuatu yang wajib yang perlu saya turuti masanya.
Yang saya harapkan, setiap perkongsian pengalaman, informasi atau apa sahaja perkara yang saya mampu fikir dan coretkan berupaya diambil sebagai model pembacaan, rujukan atau yang lebih penting mampu terkesan dihati.
Saya teramat faham 'level' penerimaan manusia terhadap sesuatu perkara yang dianjurkan itu berbeza-beza.
Kebiasaannya yang terletak di 'level' paling atas untuk manusia menerima input yang datang kepadanya adalah siapa yang berkata. SIAPA dan bukan APA. Justeru, bagi setiap yang suka memberi nasihat atau apa sahaja ilmu kepada saudaranya (keluarga,sahabat,atau sesiapa sahaja) yang lain perlu bersedia dengan penolakkan anjuran yang disampaikan. Saya tertarik dengan kata2 Kiai Syihab dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih, "Ternyata menasihati orang yang tidak tahu tetapi berasa dirinya tahu itu susah". Tahu dan tidak tahu itu merangkumi terlalu banyak aspek. Dan setiap aspek yang terlibat itu bukan sekadar membincangkan bahawa orang yang tahu itu pandai membaca dan orang yang tidak tahu itu buta huruf. Sedangkan ada perkara yang lebih diketahui dan dikuasai oleh si buta huruf daripada orang yang celik. Pokoknya, sesuatu perkara itu wajar untuk dilihat sedalam2nya sebelum kita bereaksi.
Cuba renungkan tajuk entry saya kali ni.
Saya diajar peribahasa ini ketika di darjah 4 oleh cikgu BM, Nik Kamaruzzaman. Mungkin ada yang lebih awal mendengarnya daripada saya.
Melihatkan peribahasa tersebut, maksudnya sering diterjemahkan bahawa orang yang kurang cerdas kalau rajin belajar dan berusaha akan pandai akhirnya. Waktu di sekolah, belajar itu adalah seperti membuat kerja2 sekolah, memberi perhatian dalam kelas, menghafal dan mengingat. Tapi dalam usia yang menginjak dewasa dan seterusnya tua, belajar itu berubah menjadi tersangat luas maksudnya. Bukan lagi sekadar menghafal dan mengingat. Tetapi mengamati dan mendalami. Bukan sekadar mengetahui perkara di dalam buku. Tetapi perkara2 yang disampaikan dan dilakonkan oleh saudara-saudara kita dalam dunia nyata. Melihat, mengenal pasti dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain. Tidakkah itu juga satu bentuk pembelajaran?
Dan,cuba perhatikan pula pada perkataan 'asah'. Saya mendapat inspirasi dari sebuah rancangan di radio.
Kata seorang panel, pergeseran yang berlaku sewaktu proses mengasah itu sangat memedihkan. Tapi akhirnya, pisau akan tajam dan bebas dari kesan karat. Seterusnya, dapat berfungsi dengan lebih baik.
Begitu juga manusia, dalam meningkatkan ilmu,kesabaran,kekuatan jiwa...kritikan dan ujian yang diterima satu masa nanti wajar diambil berat. Dan dipandang secara telus setiap pergeseran pendapat antara kamu dan dia. Antara engkau dan aku. Antara kita dan mereka. Malangnya, berapa ramai dalam kalangan kita yang mampu menegur dan kritik saudaranya dengan tulus?. Jujurnya, saya masih belum mampu. Mungkin dalam dunia hari ini yang lebih penting adalah pujian bukan kritikan. Dan kalau ada yang memberikan kritikan, nadanya jarang yang tiada berbaur cemburu. Apalagi yang disertakan dengan hikmah. Jauh sekali. Bukan tiada, tapi kurang ramai.
Saya yakin, jiwa yang menang bukan bermakna mudah mengutarakan pelbagai kata. Tetapi mampu mengutarakan apa yang benar. Jiwa yang kuat juga bukan bermakna kita perlu sentiasa dilihat benar oleh orang lain. Tetapi yang mampu mengaku kesalahan. Saya kurang pasti kalau penulisan saya menyebabkan ada yang tersinggung. Tetapi saya tidak perlu mencari kemaafan dalam entry ini. Sebab apa yang dibincangkan adalah sesuatu yang sangat universal dan tidak wajar untuk dipertimbangkan sebagai sesuatu hal yang peribadi.
Sehingga Bertemu lagi ;)
saudari sangat bagus dalam penulisan..byk yg dicoretkan mengingatkan saya bagaimana seseorang perlu menilai dirinya sendiri sebelum mengkritik atau menghukum orang lain..sesuai benar bila hidup ini diserikan dengan kehadiran simpulan bahasa dan peribahasa... mudah difahami jika dihayati.. betul tak?...
ReplyDeleteTerima kasih. Ye,hidup ini berseri dan indah dgn kehadiran perkataan2 hikmah dlm peribahasa. Keindahan itu akan lebih dirasai bila kita berusaha untuk fahaminya dengan mendalam. :)
ReplyDeleteterima kasih ukhti, coretan yg mmpu menyedarkan sesiapa yang membacanya dengan hati yg terbuka, jiwa yg lapang dan fikiran yg jernih disertakan dengan sentiasa berkeinginan untuk merubah diri menjadi lebih baik.
ReplyDeletekritikan membina mmg perlu ttpi memuhasabah diri sendiri juga sgt penting. jadi, seimbangkan, jgn hanya tahu mengkritik org lain tanpa sedar diri sendiri masih punya kekurangan yg perlu diperbaiki.
slg ingat mengingat ;)
TERIMA KASIH ATAS KOMEN YG CUKUP BERNAS..:)TELINGA YANG PALING DEKAT ADALAH TELINGA ORANG YANG BERKATA2..KALAU BERKATA DALAM HATI,LAGI LA DEKAT JARAKNYA. SETIAP ORANG PASTI TIDAK MAHU DIPERSALAHKAN DAN DIPANDANG SALAH. JADI ENTRY NI ADALAH HADIAH UNTUK DIRI SAYA YG SERING LUPA DENGAN KATA2 SENDIRI. MAKA SETIAP KALI MEMBACANYA, SAYA AKAN TERINGAT AKAN APA YG SAYA LUPA. LEBIH BERTUAH IANYA ADALAH DARI DIRI SENDIRI. KALAU PERINGATAN ORG LAIN TAK MAMPU NAK DENGAR DAN SENTIASA DIPANDANG JELEK, SEKURANG2NYA, KITA AKAN HARGAI PERINGATAN DARI DIRI SENDIRI. KALAU YANG DATANGNYA DARI DIRI SENDIRI JUGA TIDAK MUJARAB, BERMAKNA JADILAH KITA ORANG YANG SUKAR MENDAPAT PERINGATAN DARI YANG LEBIH BERKUASA. MUDAH2AN DIJAUHKAN. JUSTERU MENURUT SAYA, TIDAK PERLU TELALU BERIYA MENYATAKAN DIRI SENDIRI BERPIJAK DI ATAS PERKARA BENAR SECARA BERLEBIHAN KERANA SESUATU YANG LEBIH ITU TIDAKLAH DISUKAI OLEH SI DIA YANG MAHA MENGETAHUI SEGALANYA. JIKA HALAL DAN HARAM ITU HAK ALLAH, MAKA SETIAP YANG HAQ JUGA ADALAH HAKNYA. SEBAGAI MANUSIA BIASA, ILMU DAN PENGETAHUAN TENTANG KEBENARAN ATAU APA SAHAJA MASIH LEMAH. TENTU SEKALI KITA KURANG CEKAP MENGENALPASTI TENTANG APA YG DISEBUTKAN TADI. SAYA MENULIS SECARA GENERAL MELALUI PENGALAMAN SAYA DAN PENGALAMAN ORANG LAIN YG BAGI SAYA TELAH DIKONGSIKAN SECARA TELUS TANPA MENCANANG KEKHILAFAN SAUDARANYA SENDIRI ATAU PERSEKITARANNYA SECARA MELAMPAUI BATAS. MAKA DENGAN SENANG HATI SAYA AKAN CORETKAN DI BLOG. JIKA ADA PERASAAN TERASA HATI, MELUAT, MENYAMPAH, SUKA, GEMBIRA ATAU PERASAAN LAINNYA DENGAN APA YG SAYA LAHIRKAN, ITU TERPULANG KEPADA PEMBACA DAN SAYA MENGALUKAN UNTUK MEREKA BERALIH ARAH BACAANNYA. KERANA BAHAN BACAAN BAGAIMANA YG INGIN DIBACA ITU ADALAH HAK INDIVIDU. SEMOGA SALING MENGINGAT=)
ReplyDelete