Friday, December 31, 2010

Petua Si Nenek Kebaya

Assalamualaikum w.b.t

Hello n hi gorgeous!

Setelah berhari-hari bersantai di rumah tanpa terlibat dengan kerja2 projek tahun akhir maka dengan sukacitanya saya menyibukkan diri dengan kerja2 yang perlu di rumah. Wahhh.. Ternyata berada di rumah sendiri sangat seronok! Ops, bukan sekadar menjadi Cinderella yang tidak habis2 dengan 'house-core'nya, tapi juga menjadi nenek kebaya yang mengamalkan koleksi petua2 lama. Takmau la nenek kebayan ya,sebab dalam dongeng muka dia kurang lawa. Tak macam nenek kebaya..cantik! =p


Aww..stop with those nonsence! Sekarang ni saya ingin berkongsi resepi petua untuk mencerahkan kulit. Tapi sebelum tu, saya mohon agar semua pembaca saya yang cantik, kacak, cakep dan ganteng ni menjadi lebih realistik yerrr.... petua ni adalah untuk kembalikan kecerahan asli dimana warna kulit yang dianugerahkan Allah kepada kita sejak azali itu. Jangan pulak mimpi untuk jadi putih macam Jacko a.k.a M.Jackson kalau amalkan petua ni. Macam kapas pun jangan..KECUALI, sejak umur sehari lagi memang dah memiliki warna kulit macam tu ye!

Alright, Let us start with the ingredients and suitable procedures! =P

Bahan2:
- Sediakan semangkuk beras pulut hitam yang dicuci bersih dan dijemur sehingga kering atau keringkan mengikut kreativiti anda. Nak guna 'hairdryer' pun boleh asalkan berasnya dicuci.
- Sebiji kuning telur
- Sebiji limau nipis yang diambil perahan jusnya.

Cara2 membuat masker:
- tumbuk atau 'blend' beras pulut sehingga hancur.
- campurkan dengan kuning telur dan jus limau nipis.
- gaulkan sehingga sebati.

Cara2 memakai masker:
- IMPORTANT! Pastikan wajah dicuci bersih supaya tiada habuk yang terperangkap ketika pemakaian masker nanti.
- Tempelkan masker tadi keseluruhan muka dan sebahagian leher. (jangan sampai menutupi mata)
- Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
- Setelah kering, cuci muka dengan air suam sehingga benar2 bersih dan tiada sisa2 masker yang masih melekat.
Pemakaian masker yang alami (penggunaan dari bahan2 semulajadi) ini selain dapat membantu kulit kelihatan sihat, dapat juga mengembalikan kesegaran wajah. Dapat diperhatikan kaitannya semasa menunggu masker kering dalam tempoh waktu yang ditetapkan, kita boleh berbaring sambil memejamkan mata. Pada waktu ini, otot2 di wajah dapat 'relax' dan insyaAllah minda kita juga dapat direhatkan setelah asyik bekerja berfikir pelbagai perkara. Wajah yang segar, cerah semulajadi dan bertenaga bermula dari fikiran yang tenang, jernih dan lapang. Tidak terkecuali dari hati yang tanpa sekelumit hasad, iri atau apa saja 'presumption' negatif terhadap perkara sekeliling. Begitulah kesan psikologi yang dapat mempengaruhi penampilan seseorang. Jadi yang terpenting, kecantikan dalaman perlu kita naik tarafkan sebagai pemancar kecantikan luaran. :)

Oh ya, putih telur yang terasing tadi boleh diguna pakai sebagai 'light mask'. Pukul putih telur tersebut sehingga berbuih kemudian sapukan ke muka. Biarkan kering selama 15 ke 20 minit kemudian bilas sehingga bersih. Atau, masak je la telur putih tu..jangan buang,tak baik membazir yee. hehe..

Selamat Mencuba!

Friday, December 17, 2010

Belakang Pisau Diasah Lagikan Tajam.

Hi!
Kejap ada, kejap tiada = tulisan dalam blog ni.
Bukan tidak mahu konsisten dalam menulis.
Cuma saya tidak menjadikan menulis blog ini sesuatu yang wajib yang perlu saya turuti masanya.
Yang saya harapkan, setiap perkongsian pengalaman, informasi atau apa sahaja perkara yang saya mampu fikir dan coretkan berupaya diambil sebagai model pembacaan, rujukan atau yang lebih penting mampu terkesan dihati.

Saya teramat faham 'level' penerimaan manusia terhadap sesuatu perkara yang dianjurkan itu berbeza-beza.
Kebiasaannya yang terletak di 'level' paling atas untuk manusia menerima input yang datang kepadanya adalah siapa yang berkata. SIAPA dan bukan APA. Justeru, bagi setiap yang suka memberi nasihat atau apa sahaja ilmu kepada saudaranya (keluarga,sahabat,atau sesiapa sahaja) yang lain perlu bersedia dengan penolakkan anjuran yang disampaikan. Saya tertarik dengan kata2 Kiai Syihab dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih, "Ternyata menasihati orang yang tidak tahu tetapi berasa dirinya tahu itu susah". Tahu dan tidak tahu itu merangkumi terlalu banyak aspek. Dan setiap aspek yang terlibat itu bukan sekadar membincangkan bahawa orang yang tahu itu pandai membaca dan orang yang tidak tahu itu buta huruf. Sedangkan ada perkara yang lebih diketahui dan dikuasai oleh si buta huruf daripada orang yang celik. Pokoknya, sesuatu perkara itu wajar untuk dilihat sedalam2nya sebelum kita bereaksi.

Cuba renungkan tajuk entry saya kali ni.
Saya diajar peribahasa ini ketika di darjah 4 oleh cikgu BM, Nik Kamaruzzaman. Mungkin ada yang lebih awal mendengarnya daripada saya.
Melihatkan peribahasa tersebut, maksudnya sering diterjemahkan bahawa orang yang kurang cerdas kalau rajin belajar dan berusaha akan pandai akhirnya. Waktu di sekolah, belajar itu adalah seperti membuat kerja2 sekolah, memberi perhatian dalam kelas, menghafal dan mengingat. Tapi dalam usia yang menginjak dewasa dan seterusnya tua, belajar itu berubah menjadi tersangat luas maksudnya. Bukan lagi sekadar menghafal dan mengingat. Tetapi mengamati dan mendalami. Bukan sekadar mengetahui perkara di dalam buku. Tetapi perkara2 yang disampaikan dan dilakonkan oleh saudara-saudara kita dalam dunia nyata. Melihat, mengenal pasti dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain. Tidakkah itu juga satu bentuk pembelajaran?

Dan,cuba perhatikan pula pada perkataan 'asah'. Saya mendapat inspirasi dari sebuah rancangan di radio.
Kata seorang panel, pergeseran yang berlaku sewaktu proses mengasah itu sangat memedihkan. Tapi akhirnya, pisau akan tajam dan bebas dari kesan karat. Seterusnya, dapat berfungsi dengan lebih baik.
Begitu juga manusia, dalam meningkatkan ilmu,kesabaran,kekuatan jiwa...kritikan dan ujian yang diterima satu masa nanti wajar diambil berat. Dan dipandang secara telus setiap pergeseran pendapat antara kamu dan dia. Antara engkau dan aku. Antara kita dan mereka. Malangnya, berapa ramai dalam kalangan kita yang mampu menegur dan kritik saudaranya dengan tulus?. Jujurnya, saya masih belum mampu. Mungkin dalam dunia hari ini yang lebih penting adalah pujian bukan kritikan. Dan kalau ada yang memberikan kritikan, nadanya jarang yang tiada berbaur cemburu. Apalagi yang disertakan dengan hikmah. Jauh sekali. Bukan tiada, tapi kurang ramai.

Saya yakin, jiwa yang menang bukan bermakna mudah mengutarakan pelbagai kata. Tetapi mampu mengutarakan apa yang benar. Jiwa yang kuat juga bukan bermakna kita perlu sentiasa dilihat benar oleh orang lain. Tetapi yang mampu mengaku kesalahan. Saya kurang pasti kalau penulisan saya menyebabkan ada yang tersinggung. Tetapi saya tidak perlu mencari kemaafan dalam entry ini. Sebab apa yang dibincangkan adalah sesuatu yang sangat universal dan tidak wajar untuk dipertimbangkan sebagai sesuatu hal yang peribadi.

Sehingga Bertemu lagi ;)