Sunday, November 8, 2009

Setitik Air Hujan...

Salam...
tajuk di atas hanya untuk memenuhi ruangan 'title' sebelum menulis..:)

Malam yang mendamaikan...
housemate dan rakan-rakan lain kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing...
study,tengok cerita,"surfing"..antara perkara lazim yang dilakukan setiap malam selepas selesai sesuatu subjek exam...paper bakery siang tadi tough jugak..
(pandai betul Dr Maaruf buat soalan :)..)

Saya?..memilih untuk menyendiri...
Menjengah ke blog2 para sahabat...
Rutin zaman muda2 dulu agak lama saya tinggalkan..
Maklum saja, sibuk menguruskan rumahtangga..:p

Saya tiba di sebuah blog sahabat baik..
di kala itu hujan mula menitiskan diri..setitik demi setitik...
kemudian seperti menitik menyentuh pipi...tempias ke?? ;)
Menyedarkan saya betapa pentingnya pandangan Allah pada setiap perbuatan yang kita lakukan pada setiap saat...

Mungkin benar dan tepat sekali tindakan kita pada situasi seperti di bawah ini.......
"malunya tak dapat jawab soalan Prof td!!! soalan senang macam tu pun tak dapat jawab?..kan dah kne gelak ngan kawan2..malu sangat2!!!..nak sorok muka kat mana ni..
mesti diorang ingat aku tak pandai".....

cuba perhatikan pula situasi dibawah...
"ala, takpe la..kedai tu dekat je,depan rumah..pakai lengan pendek pun tak kisah la.nak pergi kejap je"..

Pelik kan kita ni...
Bila timbul perkara yang memalukan terjadi depan manusia..mula la kalut nk cari tempat sembunyi...betapa besarnya implikasi pandangan manusia terhadap manusia lain itu terhadap tindakan yang diambil...
tapi bila dengan Allah...(macam dalam situasi kedua)..tidak pula timbul rasa malu bila melakukan perkara yang jelas bercanggah dengan suruhanNya...tidak pula rasa nak menyorok...ya, mana mungkin kita menyorok dari pandangan Yang Maha Melihat...

Mungkin kadang-kadang kita tak sempat nak memandang apa yang kita lihat...
Pemikiran tak sempat untuk tafsir apa yang baik dan apa yang buruk...
Namun apa yang pasti, keimanan dalam diri mendorong manusia bertindak untuk mengikut syariat dan lebih menitik beratkan pandangan dan penilaian Tuhan...

Hujan dah berhenti...bersama berhenti menaip...
Sehingga bertemu kembali...:)
Wassalam...

4 comments:

  1. hmmmm....
    bagus sgat.....mcm tkena tempias jer..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. kita ni mmg manusia yg tak malu ngan tuhan..
    nak mandi tak malu dgn malaikat.(u know what i mean.=p).jalan atas muka bumi Dia pn tak malu.sombong je dgn Dia.padahal,dia pemberi nyawa,penentu rezeki,menghembus segala oksigen dan udara kat bumi ni.kalau tanah boleh bercakap,"woi,laknat la mung manusia sombong.nanti mati masuk perut aku juga.".kalau katil boleh bercakap,"wahai anak adam,jangan hampiri zina.tiduri atasku jika hubungan kamu halal sahaja".

    we are the one who could change ourselves.other people can only inspire u.

    p.s:lama tak dengar cte?

    ReplyDelete
  3. meresap hgga ke kalbu =)
    malu itu sebahagian drpd iman, tp ramai yg slh tfsr ayt ni. dgn kata len, malu x kna tmpt. mcm 2 situasi kt ats. nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. 'malu itu sebahagian dari ima' bermakna kalau takde perasaan malu, maka tak lengkaplah iman kita kan..=) betul2..pandangan manusia memag memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita sebab kita nampak manusia..manusia pon nampak kita. tapi dengan Allah, kita tak nampak Allah. hanya keimanan yang jitu je yang nampak Allah dari mata hati..sebab tu kita tak malu dengan Allah..naudzubillahiminzalik..semoga kita menjadi hamba yang merasai kehadiran Allah di dalam setiap urat nadi kita..amiiin..

    p/s ~ hiz, maaf ye terpanjang plak komen mai..=)

    ReplyDelete

Awak nak tulis apa tu?...;)