Sunday, March 6, 2011

Laboratory Report!

Hi Everybody! Assalamualaikum ;)

Right now kat dalam makmal analisis. Sementara menunggu the running fiber analisis, boleh tak nak update blog? Boleh tak? Tolong la cakap boleh. Please..please.. ;) Today aku run semua analisis makmal tanpa lab coat. Next time, kena pakai sebab rasa macam kurang aura scientist yang berjaya kat aku bila tak pakai. Plus, wearing a lab coat is a way of precaution steps. Tadi masa nak bersihkan Kjeldahl tube aku terlupa la nak pakai glove. *buat2 lupa kot* Then, pegawai sains aku tegur la kenapa tak pakai. Aku jawab em, takpe je kot kejap je. Dalam hati pula berkata 'ish, asal la tak pakai tadi..terjatuh la credibility macam ni'. Aku pun tak semena-mena ambil la glove pakai right away bila dia cakap chemical untuk Kheldahl ni bahaya untuk kesihatan. Aku kan health conscious person *konon2 la*, jadi word2 bahaya untuk kesihatan tu agak allergic untuk aku. So, I would like to urge all of young scientists to apply all the precautions steps before you undergo any analysis. Lagipun, nampak smart giler2 if pakai labcoat, glove and segala benda yang boleh dipakai dalam makmal. Bila lagi nak nampak macam student berwawasan 2020 yang cemerlang gemilang terbilang kan? So, come on guys..make up ourself to look more sophisticated! ;)

Girls, encem kan?..^_^



Cun tak?..Yeah, I mean cun tak Danish pastry tu? =P

Ok na, Adios..
take care gorgeous! ;)

Friday, March 4, 2011

Once it closed, I'll Go To The Next Entrance

Hi Gorgeous! Assalamualaikum.

Title entry ni nampak macam lebih berwawasan ckit. Mood aku kurang baik hari ni atas sebab yang mungkin munasabah. Rasa munasabah untuk diri sendiri tapi bila ada tukang analisa handalan, tentu dia kata 'ya udah, soalnya kamu itu siyh yang bersalah. Gak ada yang lain'. Takpe, tak kisah la kan. Alasan yang terpacul tu adakalanya memang untuk kebahagiaan diri sendiri or maybe the other way. Siapa yang suka nak bangun and dengan bangga laung, hai orang2 kampung, aku lah orang bersalah. Tiada yang bersalah melainkan aku. And the scripts goes on... 

Btw, nak bagitau jugak today my project has to be delayed yahoo! oh no! as no one is able and free to supervise me at the processing lab. Erghh! geramnya.. Frust la kan sebab I dah la jarang nak pergi buat kerja2 lab ni. Then once dah plan the plan is planned to turn to the  sideways. Nothing else matter, if you all nak kata, lepak la beb biasa la tu. Setakat tak dapat guna lab pun nak kecoh. I'm ok with that. But then, you please kindly ask yourself back. If you are in my shoe, would you feel regret with the air around you or you just...'ala, aku redha je la..dah nasib badan'. I'm thinking, agaknya kalau ada mahasiswa/i dari universiti yang lain baca entry ni akan rasa ridiculous ke tak. Nak guna lab pun agak susah. But yea, I still admit the weakness at some place, people, management, equipment etc. And yeah, every small mistakes and inconvenient usually come from us as well. Contoh la kan, if hari ni kita ada kutuk orang, tak kisah la kaw2 ke tak but still the 'kutuk' happen, then next week pulak kita dengar ada suara2 sumbang yang menggugat credibility kita sebagai manusia berjaya, means it's fair enough la kot. The thing is, you pernah commit something which is unpleasant for others at the back so you should receive the same thing right back. Fair enough because God allow it to be happened to us. Well, maybe at least once to remind us that we are not good either. And hey, we are not perfect or holy as well. And the important thing is, I repeat..We EVER do something that we do not like to others either. Simple caption "what you give you get back" (sila baca dengan gaya ala2 pemidato terhebat ya!)

And back to the story, my mood while writing in here is getting better. Once I get shocked, I just kept silent. Unless ada seseorang yang baik hati men'free'kan diri to calm me by just listening to what I feel pun dah ok. Tapi I taknak ganggu orang. Banyak lagi keje lain yang perlu my colleagues lakukan yeah to succeed. For today, I chose to write in here. While my inner soul keep chit chatting I jot down the feeling as a sentence. Hmm..I start to feel grateful with my day. Though at first I thought this would be my worse day but luckily it's not. While keeping myself silent and not active I gather back my strength. Life is too short to make yourself frustrated for a long time. Jangan jadikan kehampaan hari ni sebagai sesuatu yang boleh buat kita merasa and berkata macam2 perkara yang sangat menunjukkan kita ni prejudice dengan kehidupan. Apatah lagi merasakan hidup ni tak adil ke apa even it's really true that nowadays, justice is not yet everywhere. But then rugi la kan...

As I couldn't run my project, at least I could gather more info for my writing and yeah, I could start my project writing. Even tak la banyak but I still have something to get through. Alhamdulillah. Thank god. Happy happy! ^_~ 

Ok, kalau muka camni macam annoying giler kan. Jap nak google face lain. ;)

Camni ok la kot kan. Dalam kesamaran dan kesayuan jiwa, terselit satu jiwa yang masih kental, riang memujuk jiwa2 sedih. Peace no war yawww! ^_^


Justeru, once my entry is published after this, I wish my day will be better and everything is ok and could be at the right place. ^_^

P/S: When one door is closed so tight for you, please search for the next entrance with the hope that everything could be fixed and improved as we keep moving on.

p/ss : And I think I moved on now! Alhamdulillah. Thank you..

Thank you for reading this readers. May God bless you. Take care!




Monday, February 28, 2011

Ni Jiao Shenme Mingzi?

Hi Geng Kembara Upinipin.. Assalamualaikum ;)

Aku baru balik sekolah. Kat sekolah tadi cikgu ajar bahasa Mandarin. Aku bab2 bahasa asing termasuk bahasa makhluk asing memang la tersangat minat sejak dari di bangku sekolah tadika,rendah,tinggi asal ada bangku kat sekolah semua aku sukerrr..sukerr sukerrr. ~Ok,ayat miring~ Kemiringan struktur ayat akan berlaku setiap kali aku terlalu eager nak update blog tapi menemui jalan buntu. Aku malas nak cari jalan raya sebab kadang2 aku suka jadi zuhud dengan hanya menggunakan jalan bertanah yang tidak diturap seperti kat Tanah Merah Kelantan. Nak bukti, pergi dan balik sekolah tadi aku dengan rendah hati ayam,lembu...ikut laluan yang berbatu2. Ala,kalau penduduk UniSZA tau la kat mana. Demi ilmu, high heal yang cantik sanggup ku pertaruhkan. *ok,aku dah sediakan bakul ajaib, boleh muntah sekarang jugak*  

Hari tu, ada seorang pembaca yang gorgeous kata dia suka baca blog aku and cakap, nanti update la ye. Omai,aku tak boleh tengok bila orang ramai teruja layan apa yang aku tulis. *ok,actually sorang je pun haha* Jadi detik itu menimbulkan rasa syak wasangka terhadap diri sendiri. Mampukah aku sebagai insan kerdil tapi tinggi bila pakai kasut tinggi ini menunaikan permintaan yang gorgeous itu. Der, blog wa cikai je. Kalau sorang baca pun aku dah boleh teruja sambil jantungku mengepam darah dengan lebih efisien dari biasa. hihiks~ 
Exaggerating is part of my strength, jadi kalau rasa mual atau migrain baca blog aku, tak dapek la den nak nolong. Entry ni takde la nak cerita apa sangat pun, aku mana pandai cerita2 merepek tau la. Ni aku taip sambil makan nasik ikan tongkol. Nampak nampak, aku memang berdedikasi dalam membuat banyak keje dalam satu masa. Thank u thank u. Sila hentikan tepukan dan kebanggaan anda sebab itu semua aku specialize kan untuk keje2 merapu merepek meraban. Tapi kalau yang serius, *ini seriuuusss..wonderpet datang membantu* hehe.. Cuma aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa penting untuk kesihatan bahawa

 AKU DAH UPDATE BLOG! YEAH!!!

p/s: orang desperate memang macam ni, akan berusaha sedaya upaya meletakkan dirinya sejajar dengan taraf menteri menteri terkemuka dunia. Okies, kurang relevan. ~abaikan please please please... ^_^

until here, nak bersiap untuk ke kota. jadual mengajar saya kul 2pm. Don't late kids!!!
take care everybody!

Saturday, February 26, 2011

APA YANG KORANG SELALU BUAT WAKTU KECIK DULU? :)

Hi gorgeous! Assalamualaikum.. ;)


Since aku dah tukar title header blog aku dengan beraninya menggunakan nama sendiri, mesti la ckit sebanyak aku kena cerita pasal aku kan kan. Ni kan blog aku Aysh Ayshikin, bukan blog adik bongsu jiran sebelah rumah kawan aku. *oh gosh stop it*. So, dengan konfidennya aku willing la nak ceritakan rentetan suka duka perjalanan hidup aku sebagai seorang anak seni yang berjaya dari zaman kanak2 hingga la zaman dewasa ni. 


Kecik2 dulu aku ni takde la havoc sangat biasa2 je sama macam kanak2 yang lain. But then aku ni jenis yang suka main tak kira waktu. Paling tak tahan time tengah2 hari celik *hello,instead of buta k* aku akan keluar rumah gi main kat taman. At least dapat main gelongsor pun jd la. Sorang2 je pun, kawan2 aku semua duk dalam rumah petang2 baru depa keluar. Asal tgh hari je aku keluar asal keluar je mesti nak tgh hari. Sebab tu dulu aku setaraf ngan dayang senandung. Tapi mana ada aku nak kisah sangat benda2 remeh camtu. Biar hitam asal hati mulia. Eceh! So, in family memang aku la black sheep kan. Kena warning memang banyak kali tapi budak kecik mana makan saman. Anggap je la aku ni belum mumayyiz kan masa tu. 


Pernah ada satu hari tu masa aku baru balik main around 2pm arwah abah panggil suruh aku diri sebelah tv. Aku pun pegi je la diri kat sebelah tv tu then like always mesti posing macam model kan kan. Tanpa talian hayat arwah abah dengan sinis manisnya dia cakap "kulit awak tu dah nak sama dah macam kaler tv tu". Pergh, tacing beb masa tu but maintain cool but blacky jacky chan je la kan. Aku pun berlalu pegi dengan menundukkan muka tanda faham akan kesinisan itu. Arwah abah memang pandai bab2 psiko anak2 plus sangat loving. Tapi esoknya aku keluar lagi. Hehe.. Ha, aku pernah buat kes ngan mak aku. Ada satu hari yang indah permai dulu aku memang desperate giler-giler nak pegi keluar main time panas2 terik. No biggy, aku main la buaian. Hayun diri sendiri tinggi2 so that dapat la rase angin2 bertiup kencang, pastu tak rasa panas dan rambut2 pun berolak alik. Konon aku la yang paling comel kat dalam taman tu. Dah memang aku sorang je pun yang ada kat situ confirm la aku yang akan menjadi pujaan hati diri sendiri kan. Hihiks~ gelak gediks =P 


Pastu tengah syok2 main ada pulak sorang abang yang so-so la hensemnya berteriak panggil nama aku dari jauh. Eh,asal mamat ni takkan nak join main buaian ngan aku pulak kan. Hah,ada apa? berkata daku kepada abang itu. Then dia jawab, "tu mak kat rumah tu suruh balik bukakkan pintu. Tak tau, balik nanti kena marah".....eh?asal lak kan...OHH! *nada shock habis* baru aku teringat sebelum aku keluar rumah nak main tu mak aku tengah qailulah, jadi aku macam detektif conan la keluar rumah secara bijaksana dan tanpa ragu telah mengunci pintu rumah. Akibatnya mak aku pun terkurung la bersama adikku yang masih baby2 tu..hee~ Huish..kalau mak marah, memang macam petir la jawabnya sebab mewarisi nenek aku. ;) Then bila balik rumah aku disambar puting beliung..mak aku angkat aku tinggi2 then letak atas katil. Mujur dia tak hayun aku sambil pusing macam naik roller coaster tu. Serun wooo..aku ni kadang2 gayat jugak. Aduh,since that day aku merajuk la kan taknak keluar rumah taknak cakap ngan orang. Big impact jugak la kalau aku kena marah..huhu..


Kadang2 anak jiran akan datang main ngan adik aku yang gegirl tu. One boy and other one gegirl. =P Aku bab main masak2 ke pondok2 ke takde la berminat sangat nak main. Not my type kate omputih. Tapi aku join jugak la kalau dah takde sangat option lain. Selalunya aku akan create option supaya life aku ketika itu akan jadi lebih menarik tertarik kau memang da bomb! *abaikan* There is one pleasant moment dimana aku tarik anak jiran aku yang gegirl tu masuk bilik. Ala,chill k..aku bukan buat apa pun aku just bagi dia sesuatu yang menarik. Nak tau apa? Masa tu kat lantai bilik aku ada sesuatu yang unik bagi aku. It was like gula2 berwarna coklat. Kecik and comel je. Then aku pun amik la pastu bagi kat budak tu. Aku cakap la tu gula2. Well, usually an obedient person will follow what I say. Aku suruh dia makan. Tanpa berfikir panjang, dia pun ngap ke dalam mulut. Oh yeah, I was so happy by that time. Set, arahan diterima! berita faham roger~ Once dia kunyah, katakan la nama dia lisa (sorry, I tend to forget da cutest name. ahaks!) muka dia berubah rupa. You might guess yang benda alah itu sebenarnya was something yuck yucking thing. Well,it's true. It was actually something that we call 'telur lipas'. Lucky her, sebab dia telah meludahkan balik coklat comel itu. Aku kurang berpuas hati dengan tindakan refleks lisa tu bertindak tanpa mengikut arahan. So aku pegi la dapur bukak peti amik mentos yang kaler2 tu then aku letak butter yang agak cair atas mentos tu semata2 untuk si lisa tu. Kreatif kan aku, nampak gula-gula tu enak lagi berkrim. Motif, hanya mahu pastikan misi aku berjaya. And wow, she's impressed. Must be happy with my kindness for serving her something cute and looks yummy! =P But once again, si lisa tu tak makan habis mentos krim tu. Oh,aku kecewa. Mission impossible. I was like ergh, then tanpa segan silu aku cubit pipi dia yang chubby tu kuat2 sampai dia nangis. Pastu apa lagi, aku buat rilek je la kan maintain cool. hee~ Actually aku mana boleh tengok pipi budak2 chubby2. Boleh jadi allergic seluruh badan. They all memang comel jeles2. hihi. Tapi semua tu dah jadi sejarah, sekarang aku dah tak buat dah penganiaan bersiri tu lagi. Dah insaf. All that has happened before I enter the kindergarten. Tapi bila kat kindergarten lain pulak kisahnya. Aku simpan dulu cerita2 sensasi itu biar tak basi *geli geleman* (~_^)


For those yang kurang pasti how the 'telur lipas' is looks like. Ha, macam ni la! Tapi hello, kalau yang beserta ngan anak2 lipas ni sekali aku pun tak lalu nak amik. Eww!!! (bahasa konon2 comel bak kate anwarhadi but dude, I'm starting admire your vids. Bangga tak? bangga kan?) peace yaw! ;)
Atas permintaan ramai aku sertakan pic aku bersama cik suhaina md padzil calon gadis melayu musim ke-5. Ahaks =P


p/s: diminta sila abaikan ilustrasi ayat jika ada yang berunsurkan nilai perasan atau tinggi diri. ^_^


p/s 2: abang aku pernah panggil aku india sarawak sebab warna kulit satu tona dengan warna kopi tanpa susu kegemaran aku. kejam tak? kejam kan? so please avoid to call me like dat! haha.. ;)


pesanan ikhlas ini dirakam khas kepada para pembaca sekalian yang gorgeous! 


Alrite, until here. Take care! ^_^

Friday, February 25, 2011

Big Biggest Event!

Hi! Assalamualaikum..

Oh, MIFT..
For those who might be not familiar, it stands for Malaysian Institute of Food Technology. Which is...we can get A LOT of food there! Yummy!!! but the most important of course the thousand competitions itself. Well,well.. It might not really prestigious to peeps out there yeah but for us, it was like yuhuuu!!! At the first entrance we were able to be in 2nd place for food development. Alhamdulillah. Yeay2!!! ~lompat2 bintang~Eh, we? Ok2..I get real..not me for sure, but for those who had entered the competition had made everyone in UniSZA proud. Should and must ok! Even the VVIP in UniSZA feel like 'oh, i'm floating in the air..YAHOO!!!'. Exaggerate huh? Well, well, this is so me. Okies, writing too long is out of my planning but anyhow, I would like to serve you all with some 'snacks' which I wish could capture your sight to it. Piccha!!! Piccha!!! =P


*Ni tempat kami bermalam kat kompleks sukan bukit jalil. outfit bertshirt je sebab konon2 nak memberikan khidmat kecemasan seperti cpr ke kalau2 ada orang pengsan nanti. ok, i got it. actually i was talking rubbish! hey, Peace da green yaw! ^_^

*Salacca zacca..ni tropica sweet yg punya. Zass~ ;)
*Ni group sweelto yaw..besta n very da good la...=P

*Peserta Oratory yang aku kagumi. Even you guys got no place but the courages to be in is very2 respected. Ahah! yang penting, pic ni smart sbb aku snap! ~bangga puji diri hik2 ^_^
*Cak! kami lah penyokong setia dan group terawal berada dalam hall ni..bangga lagi hihi
Tengok tengok...dedikasi tak kawan2 saya...gorgeous kan setting tu? i like that setting at the first place masa we all ada product launching. but i just keep silent n silent might kill..oh! (kemiringan menjelma) kagum2 at last they get the place. bravo bravo frenzas!!! shake hand while drinking coconut shake yaw! =p
squiz squiz..pic ni kecik molek sbb telah dicetak rompakkan dengan jayanya dari album Sya. dah aku gi save yg kecik macam kuman ni kecik la kan. tp still xclusive ok! hihiks~
see..see..sweelto in da house!!! mcm kebanyakan waktunya, aku adalah tukang sebok terhandal bak ekonomi handalan di abad ini. yosh!


We!!! Gorgeous pic with all the classmate and the most exclusive with the PROF at the middle ;)

Kami sempat makan malam di rumah professor kesayangan kat Taman Maluri and saya telah makan nasi dua pinggan. Sangat hepy bila dapat makan makanan lazat. Makan lah selagi masih berselera ye! Happy mode~

Actually banyak lagi pic yang perlu dan lebih gah untuk ditunjukkan. Tapi apakan daya kecekapan uploader kurang memberangsangkan. huhuh..but again, syabas diucapkan kepada semua yang terlibat direct and indirectly. For those who wanna see gorgeous pic Tropica Sweet please kind to click here. btw wajib click tau tau..Baik kan, i mean sangat baik kan aku bagi link. ^_^ Miss izenty dah update blog dia. Sampai hati u post entry awal dari i dear..huhuks..sedih la camni. takmo kawan... hahah bila teremo camni la. takmo kawan semua orang nak lari masuk hutan. crazy mezy tak..hihi k naa, until here. take care everybody!!!


Thursday, February 24, 2011

AKANKU USAHA SEDAYA UPAYA

I'M DOING MY BEST TO UPGRADE THIS BORING BLOG.
AHAH!

MOTIVE: Show off my commitment in blogging. Ayat simple, hey, saya dah update blog! (ada aku kesah?) =P

Friday, January 7, 2011

Karipap oh Karipap

Hi!

Korang suka makan karipap? Nak pulak yang pusing2 tu ala2 Mary Go Round (MGR) gitu!
If yes, boleh join the group. If takmau takpe...sape la I kan..(konon2 ayat touching la. huh,menyampah!) =P
Tapi takde la berkuda2 segala macam MGR unless intinya nak guna daging kuda. Up to the maker la kan.
Selama ni I jenuh duk fikir macam mana la depa buat pemusingan pada karipap tu. Then tadi I temui link kat FB adik I yang cantik lagi menawan. (Eh,perlu ke puji adik sendiri ;p) Wah..kakak sayang awak wahai adik. (=p)

Tanpa membuang masa..eh,memang la tak buang kan..guna kot (ayat2 remaja kini I pinjam. tapi jangan terfikir I tua bongkok pulak. hihi) I nak tunjuk ni cara2 buat dough yang berpusing tu..jap2,nak copy paste gambar2 penting tu.



As copied from recipe.cari.com.my


Ha, nampak dengan jelas tak macam mana nak buat? Then hasilnya.....
TadAAA!!! (konon2 surprise la kan) =p


As copied from recipe.cari.com.my


Inilah hasil yang membanggakan. Selamat makan karipap. yummy!
tata~

Friday, December 31, 2010

Petua Si Nenek Kebaya

Assalamualaikum w.b.t

Hello n hi gorgeous!

Setelah berhari-hari bersantai di rumah tanpa terlibat dengan kerja2 projek tahun akhir maka dengan sukacitanya saya menyibukkan diri dengan kerja2 yang perlu di rumah. Wahhh.. Ternyata berada di rumah sendiri sangat seronok! Ops, bukan sekadar menjadi Cinderella yang tidak habis2 dengan 'house-core'nya, tapi juga menjadi nenek kebaya yang mengamalkan koleksi petua2 lama. Takmau la nenek kebayan ya,sebab dalam dongeng muka dia kurang lawa. Tak macam nenek kebaya..cantik! =p


Aww..stop with those nonsence! Sekarang ni saya ingin berkongsi resepi petua untuk mencerahkan kulit. Tapi sebelum tu, saya mohon agar semua pembaca saya yang cantik, kacak, cakep dan ganteng ni menjadi lebih realistik yerrr.... petua ni adalah untuk kembalikan kecerahan asli dimana warna kulit yang dianugerahkan Allah kepada kita sejak azali itu. Jangan pulak mimpi untuk jadi putih macam Jacko a.k.a M.Jackson kalau amalkan petua ni. Macam kapas pun jangan..KECUALI, sejak umur sehari lagi memang dah memiliki warna kulit macam tu ye!

Alright, Let us start with the ingredients and suitable procedures! =P

Bahan2:
- Sediakan semangkuk beras pulut hitam yang dicuci bersih dan dijemur sehingga kering atau keringkan mengikut kreativiti anda. Nak guna 'hairdryer' pun boleh asalkan berasnya dicuci.
- Sebiji kuning telur
- Sebiji limau nipis yang diambil perahan jusnya.

Cara2 membuat masker:
- tumbuk atau 'blend' beras pulut sehingga hancur.
- campurkan dengan kuning telur dan jus limau nipis.
- gaulkan sehingga sebati.

Cara2 memakai masker:
- IMPORTANT! Pastikan wajah dicuci bersih supaya tiada habuk yang terperangkap ketika pemakaian masker nanti.
- Tempelkan masker tadi keseluruhan muka dan sebahagian leher. (jangan sampai menutupi mata)
- Biarkan selama 30 minit atau 1 jam.
- Setelah kering, cuci muka dengan air suam sehingga benar2 bersih dan tiada sisa2 masker yang masih melekat.
Pemakaian masker yang alami (penggunaan dari bahan2 semulajadi) ini selain dapat membantu kulit kelihatan sihat, dapat juga mengembalikan kesegaran wajah. Dapat diperhatikan kaitannya semasa menunggu masker kering dalam tempoh waktu yang ditetapkan, kita boleh berbaring sambil memejamkan mata. Pada waktu ini, otot2 di wajah dapat 'relax' dan insyaAllah minda kita juga dapat direhatkan setelah asyik bekerja berfikir pelbagai perkara. Wajah yang segar, cerah semulajadi dan bertenaga bermula dari fikiran yang tenang, jernih dan lapang. Tidak terkecuali dari hati yang tanpa sekelumit hasad, iri atau apa saja 'presumption' negatif terhadap perkara sekeliling. Begitulah kesan psikologi yang dapat mempengaruhi penampilan seseorang. Jadi yang terpenting, kecantikan dalaman perlu kita naik tarafkan sebagai pemancar kecantikan luaran. :)

Oh ya, putih telur yang terasing tadi boleh diguna pakai sebagai 'light mask'. Pukul putih telur tersebut sehingga berbuih kemudian sapukan ke muka. Biarkan kering selama 15 ke 20 minit kemudian bilas sehingga bersih. Atau, masak je la telur putih tu..jangan buang,tak baik membazir yee. hehe..

Selamat Mencuba!