Hi Geng Kembara Upinipin.. Assalamualaikum ;)
Aku baru balik sekolah. Kat sekolah tadi cikgu ajar bahasa Mandarin. Aku bab2 bahasa asing termasuk bahasa makhluk asing memang la tersangat minat sejak dari di bangku sekolah tadika,rendah,tinggi asal ada bangku kat sekolah semua aku sukerrr..sukerr sukerrr. ~Ok,ayat miring~ Kemiringan struktur ayat akan berlaku setiap kali aku terlalu eager nak update blog tapi menemui jalan buntu. Aku malas nak cari jalan raya sebab kadang2 aku suka jadi zuhud dengan hanya menggunakan jalan bertanah yang tidak diturap seperti kat Tanah Merah Kelantan. Nak bukti, pergi dan balik sekolah tadi aku dengan rendah hati ayam,lembu...ikut laluan yang berbatu2. Ala,kalau penduduk UniSZA tau la kat mana. Demi ilmu, high heal yang cantik sanggup ku pertaruhkan. *ok,aku dah sediakan bakul ajaib, boleh muntah sekarang jugak*
Hari tu, ada seorang pembaca yang gorgeous kata dia suka baca blog aku and cakap, nanti update la ye. Omai,aku tak boleh tengok bila orang ramai teruja layan apa yang aku tulis. *ok,actually sorang je pun haha* Jadi detik itu menimbulkan rasa syak wasangka terhadap diri sendiri. Mampukah aku sebagai insan kerdil tapi tinggi bila pakai kasut tinggi ini menunaikan permintaan yang gorgeous itu. Der, blog wa cikai je. Kalau sorang baca pun aku dah boleh teruja sambil jantungku mengepam darah dengan lebih efisien dari biasa. hihiks~
Exaggerating is part of my strength, jadi kalau rasa mual atau migrain baca blog aku, tak dapek la den nak nolong. Entry ni takde la nak cerita apa sangat pun, aku mana pandai cerita2 merepek tau la. Ni aku taip sambil makan nasik ikan tongkol. Nampak nampak, aku memang berdedikasi dalam membuat banyak keje dalam satu masa. Thank u thank u. Sila hentikan tepukan dan kebanggaan anda sebab itu semua aku specialize kan untuk keje2 merapu merepek meraban. Tapi kalau yang serius, *ini seriuuusss..wonderpet datang membantu* hehe.. Cuma aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa penting untuk kesihatan bahawa
AKU DAH UPDATE BLOG! YEAH!!!
p/s: orang desperate memang macam ni, akan berusaha sedaya upaya meletakkan dirinya sejajar dengan taraf menteri menteri terkemuka dunia. Okies, kurang relevan. ~abaikan please please please... ^_^
until here, nak bersiap untuk ke kota. jadual mengajar saya kul 2pm. Don't late kids!!!
take care everybody!